awak menabung sini...kiter menabung sana..



Sunday, July 20, 2014

BAGAIMANA UNTUK MENGENAL PASTI JENIS KULIT ?



ANDA MASIH TERTANYA-TANYA APAKAH JENIS KULIT WAJAH ANDA ? ? ?

jom try kuiz ni..



KUIZ PENJAGAAN KULIT


1. Bagaimanakah rasa kulit anda setelah membersihkannya dengan pembersih wajah ( sabun dan air ) ?

A. Tegang , seperti ia terlalu kecil untuk wajah saya.
B. Licin dan selesa.
C. Kering dan gatal di kawasan tertentu.
D. OK- agak selesa
E. Kering di kawasan tertentu dan licin di kawasan yang lain.

2. Bagaimanakah rasa kulit anda jika dibersihkan dengan krim pembersih ?

A. Agak selesa.
B. Selesa dan licin.
C. Adakalanya selesa dan adakalanya gatal.
D. Agak berminyak.
E. Berminyak di kawasan tertentu dan licin di bahagian lain.


3. Bagaimanakah rupa kulit anda di waktu tengah hari ?

A. Kepingan sisik mula kelihatan.
B. Segar dan licin.
C. Kepingan sisik dan kemerahan.
D. Berkilat.
E. Berkilat di zon-T.


4. Berapa kerap kulit anda mengalami masalah jerawat ?

A. Tidak pernah.
B. Kadang-kadang, mungkin sebelum atau semasa haid.

C. Kadang-kadang.
D. Kerap kali.
E. Kerap kali - di bahagian zon-T


5. Bagaimanakah reaksi kulit anda apabila anda menggunakan penyegar ?
 
A. Rasa mencucuk.
B. Tidak ada masalah.
C. Rasa mencucuk dan gatal.
D. Rasa lebih segar.
E. Rasa lebih segar di kawasan tertentu tetapi mencucuk di kawasan lain.


6. Bagaimanakah reaksi kulit anda terhadap krim malam ?
 
A. Rasa sangat selesa.
B. Selesa.
C. Kadang-kadang selesa tetapi pada masa lain kulit terasa rimas.

D. Kulit terasa berminyak.
E. Berminyak di bahagian zon-T dan selesa di bahagian pipi.


 
SELESAIKAN :

JAWAPANNYA

Kebanyakan jawapan “a” – kulit anda kering
Kebanyakan jawapan “b” – kulit anda normal
Kebanyakan jawapan “c” – kulit anda sensitif
Kebanyakan jawapan “d” – kulit anda berminyak
Kebanyakan jawapan “e” – kulit anda kombinasi







No comments :

Post a Comment

berceloteh