awak menabung sini...kiter menabung sana..



Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

Vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri


Assalamualaikum...selamat pagi.....sapa nak cantik..angkat tangan..of course la semua nak cantikkan.....tak dinafikan...tiada seorang pun yg terkecuali.....Kulit yang cantik impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas masalah utama bagi sesetengah orang...
Untuk mengatasi masalah ini apa kata jom try set kecantikan kulit Shaklee ni untuk wajah cantik berseri. kita cuba rawat dari dalam dulu.....Dah ok dalaman..kita beralih ke penjagaan luaran pulak....
Skang saya nak cerita pasal penjagaan dalaman...next entry kita jumpa untuk penjagaan luaran pulak yer....... 

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Sunday, May 25, 2014

Set Resdung Shaklee



Apa itu Resdung ?

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

 Tanda-Tanda Resdung

  • Hidung selalu tersumbat
  • Lendir dari hidung dan tekak
  • Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

 Punca Penyakit Resdung adalah :


  • Resdung adalah alahan terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila kita mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak secara semulajadi. Seterusnya, ianya akan menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Jika udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal adalah akibat daripada tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Selain itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
  • Resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.

Petua Mencegah Resdung :


  • Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.
  • Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.
  • Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.
  • Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung.
  • Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.
  • Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka anda.
  • Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.
Set Resdung Shaklee dapat membantu mengurangkan keradangan resdung yang anda hadapi selain mencegah resdung dari merebak dengan lebih kronik lagi . 

JOm kita lihat setiap kebaikan supplement dalam Set Resdung Shaklee..



Alfalfa Complex

Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis). Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan. Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C 

Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit. Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna. 

Jangan berlengah untuk mencuba Set Resdung Shaklee bagi mengatasi masalah resdung anda. Produk Shaklee adalah produk semulajadi dan bebas dadah.
.............................................................................................................................

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Yours Shaklee Independent Distributor
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 921332]
Contact No : 019-4095977 (PM/whatsapp)

LIKE My fan page :
https://www.facebook.com/pages/Superb-multivitamin/683454155016032?ref=hl


Ruginya tak cuba produk shaklee lebih awal.....

Ruginya tak cuba produk shaklee lebih awal.....


Kalau semua nak tahu..produk shaklee ni tahan berbulan2 lamanya...Kiranya pembelian hari ni..boleh pakai sampai 5 - 6 bulan. Bukannya kita kena spend beli tiap2 bulan pun...Cuba bayangkan dengan harga yang kita bayar untuk setiap produk..kita bahagi bulanan yang boleh kita pakai...jatuh berapa la sangat...berbaloi-baloi...jiiiiimaaattttt sangat....rugi2 sapa tak try lg....

Moh cepat...nak try ka...mai..mai..dialu2kan..





.............................................................................................................................
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Yours Shaklee Independent Distributor
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 921332]
Contact No : 019-4095977 (PM/whatsapp)

LIKE My fan page :
https://www.facebook.com/pages/Superb-multivitamin/683454155016032?ref=hl

Sunday, May 18, 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE

Ada di antara kita yang masih ternanti-nanti kehadiran si comel setelah sekian lama mendirikan rumahtangga. Telah mencuba pelbagai cara tapi belum mendatangkan hasil? Jangan berputus asa ye, berusaha dan terus berusaha, doa dan terus berdoa.

Menurut kajian yang telah di jalankan, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan Multivitamin dan Multimineral. Jadi mari kita lihat bagaimana SET KESUBURAN SHAKLEE boleh membantu dalam kesuburan.

Set Kesuburan Shaklee untuk wanita mengandungi Vitalea, Bcomplex, Vitamin C dan GLA Complex. Manakala untuk lelaki terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Zinc Complex
Multivitamin dan Multimineral (Vitalea) - Vitalea mengandungi 28 jenis multivitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh kita. Masalah kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Almaklumlah, kita tak tahu badan kekurangan vitamin apa, jadi fungsi Vitalea adalah  untuk memenuhi ruang-ruang kosong tersebut.

Vitamin B Complex - Penting bagi yang merancang untuk hamil kerana ia mengandungi Acid Folic yang sangat diperlukan pada awal kehamilan. Vitamin B12 yang terdapat dalam Bcomplex ini juga membantu memperbanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis Vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan ovum (conception)

Vitamin C - Bagi Lelaki, Vitamin C membantu mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya lebih bergerak aktif (sesuai untuk perokok). Bagi wanita, ia membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Apa yang uniknya, Sustained release Vitamin C Shaklee akan melepaskan vitamin C secara perlahan-lahan dan akan bertahan lebih lama di dalam badan.

Zinc - Ia membantu menjaga fungsi organ seksual dan penghasilan hormon testosteron (hormon lelaki) dan meningkatkan bilangan Sperma. Kekurangan Zinc pada lelaki akan menjejaskan bilangan, pergerakan dan kesihatan sperma.

GLA Complex - Suppliment wajib bagi wanita yang cuba untuk hamil. Ia mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama untuk menggalakkan kesuburan. Ia juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Vitamin yang memainkan peranan penting untuk kesuburan adalah
GLA Complex untuk wanita
Zink Complex untuk lelaki.


Bagaimana kedua-dua vitamin ini berfungsi?

GLA Complex membantu menghasilkan cecair "kesuburan" yang antara kebaikannya membantu menyediakan "ruang" untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari. Zinc pula membantu menguatkan sperma.
Gabungan Vitamins di atas insyaAllah memberikan harapan untuk anda menimang cahayamata. Yang penting jangan pernah berhenti berharap, berusaha dan berdoa.
.............................................................................................................................
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
* Sila hubungi saya utk sebarang pertanyaan dan pesanan
JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE

Yours Shaklee Independent Distributor
Shaklee Independent Distributor [ ID No : 921332]
Contact No : 019-4095977 (PM/whatsapp)

LIKE My fan page :
https://www.facebook.com/pages/Superb-multivitamin/683454155016032?ref=hl