awak menabung sini...kiter menabung sana..



Saturday, May 31, 2014

Shaklee Hebat!!! GLA hebat untuk wanita

GLA - MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX SHAKLEE
1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.
Fungsi borage :
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina
2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.
3) Meningkatkan kesuburan pada wanita
GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.
GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.
Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.
GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.
4) Melambatkan menopause (putus haid)
Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.
5) Mencantikkan kulit
Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.
6) Mencantikkan rambut
Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.
7) Pelangsingan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
8) Menentang kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
9) Menghalang komplikasi diabetes
Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.
8) Menghalang tekanan darah tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).
9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.
10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Friday, May 30, 2014

Shaklee Hebat!!! TIPS DAPATKAN TIDUR YANG SIHAT

Ramai di antara kita kadang-kala mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam. tidur yang terganggu dan tidak mencukupi dapat menggugat sistem tubuh badan dan seterusnya memberi kesan terhadap kesihatan badan.
 
Bagi membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak dan mencukupi, di bawah ini terdapat 9 tips yang boleh anda amalkan bagi mendapatkan tidur yang sihat.  

1. Tidur pada waktu yang tetap

Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk lena dengan lebih cepat setiap kali anda tidur.

2. Buat sesuatu yang menenangkan

Jika anda taidak boleh lena wlaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena. 

3. Jaga pemakananan 

Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan ianya lebih sukar untuk anda lena. Selain itu, limitkan minuman yang anda ambil sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur anda terganggu dengan rasa nak terkencing.
Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan keffein dalam kopi dan nicotin dalam rokok boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

4. Lakukan rutin sebelum tidur

Lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.

5. Selesakan diri

Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti pendingin hawa, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur yang ideal.
Selain itu, tidur yang baik juga bergantung kepada Tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang.

6. Limitkan waktu tidur di siang hari

Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, limitkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari.
Info tambahan : tidur sekejap pada waktu tengah hari adalah salah satu sunnah Nabi. Ianya dikenali sebagai Qailulah, dilakukan dengan niat supaya badan lebih segar untuk bangun ber-qiamuallail di malam hari
Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang. Semasa anda hendak tidur pada waktu siang, pastikan suasana tempat tidur anda ideal seperti yang telah disebutkan diatas.

7. Bersenam

Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan lebih cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda.

8. Tanggani stress

Tidur anda akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tanggani stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun jadual, menetapkan priority dan membahagi tugasan anda. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut. Tuliskan perkara tersebut untuk mengingatkan anda pada esok hari.

9. Dapatkan nasihat doctor

Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur yang cukup, sila dapatkan nasihat doctor atau pegawai kesihatan berdekatan anda. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.


*untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lebih kepastian, sila rujuk doktor atau pegawai kesihatan berdekatan anda

rujukan : 
Mayo Clinic. (2011 July 7). Sleep tips: 7 steps to better sleep. retrieved from http://www.mayoclinic.com/health/sleep/HQ01387

Omega Guard Shaklee

 

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak


Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus


Thursday, May 29, 2014

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG




** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

credit to:Legacy Secret Trading

JAGA KULIT DENGAN B COMPLEX

JAGA KULIT DENGAN B COMPLEX
************************
 

Mengapa org nak jaga kulit & awet muda wajib amik vitamin B complex???emmmm..kenapa yer?? hebat sangat ka????

B Complex mmg hebat cuma ramai yang pandang remeh pengambilan B Complex berbanding vitamin2 lain..tapi setiap vitamin ada kelebihan tersendiri...yang lebihnya..B Complex ni anti stress, membantu melindungi kulit dari pancaran matahari, melancarkan perjalanan darah...dan byk lagi....kekurangan b complex boleh menyebabkan kulit kusam....

so..sesapa yg nak try b complex ni...jom amik B complex shaklee yg lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yg diperlukan oleh tubuh utk membantu badan bertenaga, otak lebih fokus serta membantu emosi stabil...

ish..byk aihhhh kebaikan B complex ni..jom pm utk lebih lanjut...wassap na...0194095977

Wednesday, May 28, 2014

Kelebihan Lecithin Shaklee

Lechitin


13 kelebihan Lecithin Shaklee yang berasaskan kacang soya ni >>>

  • Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.
  • Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka & perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye.. memecahkan lemak).. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian tau… Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.,
  • Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.
  • Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.
  • Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.
  • Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan…
  • Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.
  • Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg mempunyai alergi, hay fever, asma ,bronkitis dan emphysema.
  • Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
  • Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.
  • Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.
  • Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. BIKE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

kredit to:  http://vitaminsemulajadi.com

Vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri


Assalamualaikum...selamat pagi.....sapa nak cantik..angkat tangan..of course la semua nak cantikkan.....tak dinafikan...tiada seorang pun yg terkecuali.....Kulit yang cantik impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas masalah utama bagi sesetengah orang...
Untuk mengatasi masalah ini apa kata jom try set kecantikan kulit Shaklee ni untuk wajah cantik berseri. kita cuba rawat dari dalam dulu.....Dah ok dalaman..kita beralih ke penjagaan luaran pulak....
Skang saya nak cerita pasal penjagaan dalaman...next entry kita jumpa untuk penjagaan luaran pulak yer....... 

Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee??? Jom kita tengok...
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Tuesday, May 27, 2014

Basic H

Hari ini..nak cerita sikit pasal produk shaklee yang satu ni... Memang Menakjubkan...Memang berbaloi...Apa tu????Hehehehhe....Basic H la.....yang ni wajib ada kat umah...
  wat cuci dapur..kotoran2 degil yg melekat hampir mengeras tu, sembur ngn Basic H + air, jap jer hilang....licin berkilat plak tu....baju yang terkena chewing gum pun boleh tanggal....





KEGUNAAN & CARA Basic-H DIGUNAKAN

Mencuci & membersih tempat dan peralatan memasak (terutama yang berminyak)
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h dan gunakan untuk mencuci peralatan memasak

Mencuci & membersih bilik air, tandas, tangki, sinki, cermin tingkap, rak buku, almari dsbnya
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian mopkan atau lapkan tempat yang hendak dibersihkankecuali bilik air dan tandas perlu diberus

Mencuci badan, tangan dan kaki daripada daki kotoran, pijar lada, dakwat marker pen, minyak dsbnya.. Basahkan tangan dengan air kemudian tuangkan 2-3 titik kemudian digosok-gosok serta bilas

Mencuci & membersih lantai serta alat permainan
Isikan air ke dalam baldi dan masukkan satu sudu teh basic-h kemudian cuci alat mainan dan dibilas manakala cucian lantai tidak perlu dibilas selepas lantai dimop kerana ia mudah kering dan tidak melicinkan lantai

Menanggalkan gula-gula getah pada baju dsbnya
Titikkan 5 titik di sebelah belakang baju yang terkena gula getah kemudian digosok-gosok hingga tertanggal

Mengasah pisau
Titikkan 4-5 titik pada pisau dan asah pisau seperti biasa sehingga tajam

Membersih dakwat pen pada tangan, baju dsbnya
Titikkan 4-5 titik di tempat terkena dakwat, digosok dan kemudian dibilas..


UNTUK KECEMASAN : KEGUNAAN & CARA
Menghapuskan kutu di atas kepala..
Basahkan rambut dan ambil 10 titik basic-h dan lumurkan ke atas kepala dan ratakan. Setelah selesai balutkan kepala dengan kain tuala bersih dan biarkan selama 10-15 minit barulah dibilas

Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas
Sapukan terus basic-h ke atas tempat yang terkena tadi dan kulit tidak akan menggelembung atau melecur bahkan akan rasa sejuk.

Menghindarkan & membunuh serangga seperti lipas, nyamuk, semut, lalat dsbnya
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam botol semburan bunga yang dicampur air kemudian goncang dan semburkan kepada serangga

Penyubur tanaman dan penggembur tanah
Air lebihan cucian basic-h boleh disiram pada pokok bunga dan tanaman lain untuk membantu kesegaran dan kesuburan.

Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dsbnya...
Tuangkan 4-5 titik basic-h ke dalam mangkuk kecil kemudian rendamkan dan biarkan selama 15-30 minit, karat dan daki akan tanggal serta kelihatan kilat seperti baru.


Monday, May 26, 2014

Vitamin B Complex



B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu Vitamin B1,  Vitamin B2,  Vitamin B3,  Vitamin B5,  Vitamin B6,  Vitamin B12; asid folik dan 100% Biotin.

§     Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan,  menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma

§     Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

§     Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

§     Vitamin B5~
mengurangkan stress fizikal dan mental,  membantu mengurangkan penuaan pramatang

§     Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi,  mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

§    Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

§     Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

§     Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya 

Keistimewaan Vitamin B Complex Shaklee

B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu B1,  B2, B3, B5, B6, B12, Asid Folik yang semulajadi dan 100% Biotin.

Asid folik yang digunakan adalah semulajadi dan dicipta oleh saintis Shaklee yang pertama seumpamanya di dunia. Ianya dihasilkan dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Asid folik semulajadi biasa tidak mudah diserap oleh tubuh kita dan 99% asid folik di pasaran terkini bersifat sintetik, dan bukannya semulajadi seperti yang ada di dalam Vitamin B Complex Shaklee. 

Vitamin B adalah vitamin larut-air; oleh sebab itu, sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan (sebab itu air kencing kita akan berwarna kekuningan sekiranya mengambil vitamin B). Jika tidak berwarna kekuningan itu bermakna anda mengalami kekurangan Vitamin B.

Tetapi, harus diingat bahawa pengambilan berlebihan pun tidak bagus sebab ia akan memberi bebanan lebih kepada buah pinggang kita. Itu sebabnya Shaklee memastikan produk-produk mereka adalah seimbang dengan melakukan 83,000 ujian kualiti (QC test) setahun.

Apakah Manfaat Utama Vitamin B Complex Shaklee ?

1) Menukarkan makanan  kepada tenaga - B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2) Melawan Tekanan - B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

3) Membantu Tumbesaran - B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.

4) Kesihatan Rambut B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.

5) Kesihatan Mata B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.

6) Mengurangkan risiko mendapat anemia - B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.

7) Meredakan Senggugut B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.

8)  Mengurangkan risiko mendapat Perleche B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.

9) Detoksifikasi - Meredakan Alahan.

Vitamin E

Manfaat Vitamin E

Vitamin E antara supplement 'hot item' yang gemari pengguna untuk tujuan kecantikan dan juga melambatkan penuaan. Sebenarnya vitamin E merupakan antara vitamin-vitamin yang berperanan penting dalam memastikan sel-sel tubuh sihat dan dapat berfungsi dengan baik. Contohnya vitamin E juga berperanan meningkatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan tahap kesuburan lelaki dan wanita (zuriat).

Kekurangan vitamin E pula boleh menyebabkan kulit sensitif dan pengumpulan air dalam tisu pada bayi, penuaan kulit yang tidak seiring pertambahan usia, keguguran rambut dan juga anemia.



Kelebihan Vitamin E Untuk Kesihatan:

>> Sebagai anti-oksidan antara fungsi anti-oksidan adalah mencegah kanser dan menjaga 
     jantung
>> Meningkatkan kesuburan wanita
>> Mencegah sel-sel kulit dari dimusnahkan oleh radikal bebas (anti-penuaan)
>> Menjaga kesihatan sistem saraf
>> Membantu masalah kekejangan otot
>> Meningkatkan pengeluaran air mani lelaki
>> Memperbaiki DNA - DNA normal
>> Menghalang pengumpulan platelet
>> Meningkatkan fungsi imun
>> Menentang radikal bebas
>> Membantu mencegah kanser
>> Membantu atasi penyakit kardiovaskular
>> Meningkatkan pembekuan darah secara normal
>> Mencegah penyakit katarak
>> Menggalakkkan kulit dan rambut yang sihat
>> Membantu mencegah anemia
>> Membantu mencegah retrolental fibroplasia (gejala mata yang boleh menjangkiti bayi      pramatang.

Kelebihan Vita-E Complex Shaklee 



Istimewanya Vita-E Complex Shaklee ialah Vita-E diperbuat daripada soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. d-alpha tocopheryl, d-alphaa tocopherol pada soya organik dan minyak biji gandum yang aktif secara fisiologi ini diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E lain yang tebahagi kepada alpha, beta, gama dan delta. Kemudian terhasillah Vita-E Complex yang mengandungi Vitamin E paling lengkap di pasaran.

Vita-E Complex Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap khasiat vitamin E dengan baik, memelihara membran selsel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium yang terkandung dalam Vita-E complex juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa dan juga kadmium. Selenium juga mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata. 

Pengambilan Vita-E complex Shaklee yang mengandungi selenium dapat meningkatkan kualiti air mani dan bermanfaat dalam memberi perlindungan pada motilitas sperma.

Manfaat Vitamin E dalam Vita-E Complex Shaklee

>> Melindungi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung
Melindugi sel darah merah untuk mengelakkan pengasingan lipid, meningkatkan kolestrol baik HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah daripada melekat ke dinding arteri serta menghalang anemia hemolitik, penyakit jangtung dan lain-lain yang berkaitan dengan jantung

>> Mampu meningkatkan kemampuan reproduktif sperma

>> Sebagai anti penuaan
Melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan, memulihkan tekstur kulit dan juga tona kulit muka, dada dan peha

>> Hubungan seks yang bertenaga
Membantu meningkatkan tenaga seksual dengan membekalkan lebih oksigen

>> Memperbaiki arthritis
Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikoks dan sakit sendi

>> Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, mengurangkan sindrom prahaid dan sindrom  menopous seperti hot flush, membantu mengurangkan risiko kematian janin dan juga keguguran

>> Memperbaiki parut kulit, bengkak dan ulser kulit
Juga boleh disapukan terus ke parut untuk mengurangkan kesan parut.