awak menabung sini...kiter menabung sana..



Monday, June 30, 2014

Puasa Oh Puasa



Assalamualaikum....selamat pagi readers semua. Salam Ramadahan Al-Mubarak. Dah tiga hari kita puasakan. Alhamdullillah diberi kudrat dan kesempatan untuk terus beribadat kepadaNya.

Just nak story sikitla pasal anak2 bujang piza nih. Tahun lepas, si abang dapat bertahan sekerat hari jer. Katanya tak tahan. Harap-harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas.  Alhamdulillah, dua hari dah puasanya. Harap-harap hari ni dan seterusnya pun fullday jugaklah. Insyaallah. 

Masa first day puasa tu, hanya Allah saja yang tahu. Nak tergelak pun ada bila teringat balik. Pagi-pagi ok. Tengok steady jer. Dalam pukui 10 pagi, si adik dah gaduh lapaq. Adik cakap,  lapaq la ibu, nak makan. Piza cakap la, sian kat abang nanti. Adik kata, tak pa.. dia makan jauh-jauh dari abang. Mesti abang tak tau. Ibu yang memang baik hati ni.. hehehe.. baik ker.. Pastu n ajak la si adik ni pegi dapoq. Amik slice roti, taruk susu. Fuhhh posa-posa ni, nampak apa pun sedap. Mak dia pun tergoda.. Cam budak2 kan... what ever lah.....

Si adik ni konon nak jaga abang tak nak abang terlioq, makan jauh dari abang. Yang abang ni, alah budak2 .. hidung tu sensitip, trus cakap, ibu.. abang bau roti boh susu... sedapnya.....  ahhhh.. sudahhhh... yang si adik menjawab, mana ada, hadif tak makan apa2 pun, cakap dengan mulut yang penuh dengan roti. Sian abang.

Piza pujuk la si abang supaya bertahan lagi.. Lepas solat soh dia pi tidoq or tengok tv. Dia nak tgk cd. Lepas satu crita ke satu crita.. layan jer dia.... Dalam pukui 4 petang, si abang merengek lagi kata sakit perut. Piza cakap abang nak buka puasaka?? Sian tengok dia. Tapi lagi 3 jam lebih lagi jer, sayangnya.. soh pi tidoq, at least tak la rasa sangat kot.. dia pun ikut cakap, pi tidoq.. Golek sana golek sini, last2 terlelap jugak ... ntah la mimpi apa... 

mealshake

Ni si adik yang purak-purak tidoq... suka betoi menyakat abang dia.... Lena la konon... bangunnnn daaaaa.... 

Tengah2 dok sedia juadah bukak posa, skali lagi dia nangis2 mungkin dah tak tahan sangat kot. Sian la pulak tengok. Tapi lagi setengah jam ja nak bukak posa dah. Aduhai..sayangnya... Dia nangis2 pun, bila tanya nak buka ka, dia jawab tak tau. Paham sangatla perangai anak bujang Piza tu, dia tak nak sebenaqnya, cuma coz mungkin sakit perut tu. Cakap kalo nak buka, bukala. Kalau boleh tahan, pi tengok tv, kejap lagi jer nak azan dah. Dia pun pi tengok tv sambil baring2. Azan bunyi, Piza panggil dia nak buka posa. Dia yang tengah baring tu suruh abah dia angkat, abah.. tolong dukung. Abang dah tak larat sangat ni. Sayu ja bunyinya... Aduhhh.. siannya anak ibu. 

Alhamdulillah selesai jugak puasa dia tuk hari first tu. Dia makan biasa ja pun. Tak dak la cam lapaq sangat pun. Cuma siang tu dia minta nak buka posa dengan burger telur. Ibu ngan abahnya dah pi cari tapi tak der. Yang ada Cuma roti john. Beli gak la. 
Malam tu dia tak ikut terawih. Katanya tak larat. Piza tanya si adik esok nak puasa tak, dia cakap tak nak, takut kurus kering. Pastu cakap, malam makan sat ja. Siang tak makan lama. Mana leh tahan.. Haiiiii.. si adik ni memang keletah sikit. Macam2 ayat kluaq dari mulut dia. Ikut sapa ntah.... 

Esoknya, si abang dapat juga fullday posa, si adik halfday jer.Dalam jam satu lebih dah minta cococrunch kat nenek dia. Abang dah ok dah. Mampu bertahan. Alhamdullillah. Caiyok2 anak ibu... 


Tengok... Dah bertenaga.. tak macam hari mula posa... lemah longlai tengok.... Hari kedua ni.. masa sahur Piza campoq mealshake dalam susu coklat depa.. Masa hari firstday tu.. kalut punya pasal, terlupa nak campoq mealshake tu.. apa la ibu ni, kata abang. kalau tak, mesti abang kuat macam hari ni.... opppsss.. i'm sorry... 

Betulla kot sikit sebanyak pemakanan ni mempengaruhi aktiviti kita seharian. Bagi kanak-kanak yg mula nak belajar posa, lagila perlu pemakanan yg boleh bagi mereka tenaga... 


Bagi kita yang dewasa pun.. memang perlukan  suppliment ni untuk beri tenaga berpanjangan.. ya la kan, balik kerja nak masak lagi.. ok lah..kalau tak masak pun kita pi beli kat pasar ramadhan. Amboi..suker le tuh.. Piza dah ngaku.. heheheh.. walaupun kita beli.. tak penat ka... penat gak.. seharian di opis. Balik nak pikir nak beli apa, nak sedia apa.. tu malam kang.. nak pikir tuk sahoq pulak... Memang mental dan fizikal kena stable... 


 Bagi sesiapa yg memang keletihan or tak tau nak buat cam na, Piza sarankan jom ambil suppliment shaklee ni. Memang berkesn dan terkesan.. Cuba dulu baru tauuuuu...

K.. lah.. dah letih berceloteh.. kering tekak dah... Selamat Berpuasa yer... Nak suppliment ni, meh contact Piza, special Piza bagi... buat amal jariah bulan2 puasa nih.. ambil berkat....




2 comments :

  1. Singgah dipagi selasa nie... done follow up blog nie...

    ReplyDelete

berceloteh